Selamat itu Volvo
12. Craft Kancils [12.22b BM Copywriting: Campaign]

case film
case board
case board
case board
Links:
Product/Service:
Automotive
Client:
Volvo
Brief:
Selama 99 tahun, Volvo dikenali kerana kejuruteraan yang menyelamatkan nyawa. Dalam pasaran EV, keselamatan sepatutnya menjadi kekuatannya. Laporan PwC eReadiness ASEAN 2025 menunjukkan keselamatan ialah faktor kedua utama rakyat Malaysia memilih EV (55%), selepas harga (69%). Namun, jenama Eropah lebih dikaitkan dengan kemewahan dan inovasi. Jenama China pula memikat pembeli dengan teknologi, ciri terkini dan harga kompetitif. Keselamatan dianggap sesuatu yang semua kereta patut ada dan Volvo semakin hilang bezanya. Menjelang Disember 2025, jualan EV bulanan Volvo merosot kepada 32 unit, di tangga ke-19 di Malaysia. Inilah cabaran pelancaran ES90, EV paling selamat pernah dihasilkan Volvo. Dalam segmen ultra premium yang menilai teknologi dan harga, kelebihannya mudah terlepas pandang. Kami perlu menjadikan keselamatan sebab utama untuk memilih ES90, sambil mendekatkan warisan keselamatan Volvo dari Sweden dengan jiwa rakyat Malaysia.
Solution:
Jawapannya ada dalam satu perkataan yang dekat dengan rakyat Malaysia: “Selamat”. Lebih daripada sekadar selamat daripada bahaya, perkataan ini membawa rasa peduli, doa dan harapan agar orang yang kita sayang sentiasa sejahtera. Daripada Selamat Pagi, Selamat Hari Raya hingga Selamat Jalan, kita menuturkan nilai yang selama ini menjadi pegangan Volvo. Semua jenama kereta boleh menjanjikan keselamatan. Volvo pula sudah 99 tahun membuktikannya. Apa yang Volvo perjuangkan melalui kejuruteraan, kita ungkapkan melalui budaya. Peluang kami: menyatukan kedua-duanya. Menghubungkan warisan keselamatan Volvo dari Sweden dengan ungkapan yang hidup dalam masyarakat Malaysia sejak turun-temurun. Selamat = Keselamatan = Volvo. Secara kolektif, rakyat Malaysia dianggarkan mendengar, melihat atau menyebut “Selamat” 690 juta kali sehari. Dengan membina kaitan ini, ucapan harian boleh mengingatkan mereka kepada Volvo, menjadikan keselamatan kembali dekat di hati dan bermakna dalam pilihan mereka.


Flag Entryx
Reason
Email
___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ /\ \ /| | /\__\ /\ \ /\ \ /\ \ /\ \ /\ \ /::\ \ ___ |:| | /:/ _/_ /::\ \ /::\ \ /::\ \ ___ /::\ \ /::\ \ /:/\:\__\ /\__\ |:| | /:/ /\__\ /:/\:\__\ /:/\:\ \ /:/\:\__\ /\__\ /:/\:\ \ /:/\:\__\ /:/ /:/ / /:/__/ __|:|__| /:/ /:/ _/_ ___ ___ /:/ /:/ / /:/ /::\ \ /:/ /:/ / /:/ / /:/ \:\ \ /:/ /:/ / /:/_/:/ / /::\ \ /::::\__\_____ /:/_/:/ /\__\ /\ \ /\__\ /:/_/:/__/___ /:/_/:/\:\__\ /:/_/:/ / /:/__/ /:/__/ \:\__\ /:/_/:/__/___ \:\/:/ / \/\:\ \__ ~~~~\::::/___/ \:\/:/ /:/ / \:\ \ /:/ / \:\/:::::/ / \:\/:/ \/__/ \:\/:/ / /::\ \ \:\ \ /:/ / \:\/:::::/ / \::/__/ ~~\:\/\__\ |:|~~| \::/_/:/ / \:\ /:/ / \::/~~/~~~~ \::/__/ \::/__/ /:/\:\ \ \:\ /:/ / \::/~~/~~~~ \:\ \ \::/ / |:| | \:\/:/ / \:\/:/ / \:\~~\ \:\ \ \:\ \ \/__\:\ \ \:\/:/ / \:\~~\ \:\__\ /:/ / |:|__| \::/ / \::/ / \:\__\ \:\__\ \:\__\ \:\__\ \::/ / \:\__\ \/__/ \/__/ |/__/ \/__/ \/__/ \/__/ \/__/ \/__/ \/__/ \/__/ \/__/